ELEMEN
3
Aktiviti permainan
tradisional dapat memberi kita pelbagai kelebihan untuk masyarakat
Malaysia. Permainan tradisional dapat memupuk perpaduan antara kaum
tanpa kita sedari.
Antara kelebihan
permainan tradisional ialah menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya negara. Kita mestilah menghargai permainan tradisional yang
ada di negara kita seperti gasing , batu seremban, congkak dan
lain-lain.
Selain itu,
permainan tradisional juga dapat mewujudkan rasa muhibah atau
semangat bermasyarakat. Contohnya, kita dapat menimbulkan sikap
bermasyarakat antara pemain di dalam permainan tanpa ada sebarang
kekacauan atau pergaduhan.
Seterusnya,
bersifat amanah dan jujur. Permainan tradisional juga mengajar kita
untuk bermain secara jujur tanpa ada sebarang penipuan. Hal ini juga
dapat memupuk sikap kejujuran pada diri sendiri.
Di samping itu,
bersyukur sebagai warganegara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita
seharusnya bersyukur kerana mempunyai budaya dan tradisi yang menarik
juga bermanfaat pada semua orang.
Kesimpulannya,
permainan tradisional ini bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang,
malah ia juga dapat memupuk perpaduan antara kaum yang terdapat di
Malaysia. Permainan tradisional ini dapat menyedarkan rakyat malaysia
untuk lebih menghargai warisan sejarah yang amat bernilai.


No comments:
Post a Comment